Wednesday 3 August 2011

Aktiviti Jejak Ramadhan - Majlis Ilmu bersama YBhg. Dr. Mohammed Zain Mahmood


Marhaban Ya Marhaban. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak.


Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.


Salam sejahtera semua pembaca blog Bumidotcom yang saya sayangi dan sanjungi. Sesungguhnya Ahllah menciptakan bumi dan matahari. Dia juga menciptakan kebahagiaan dalam kehidupan.


Demi tanda kesyukuran yang teramat sangat Bumidotcom Sdn Bhd kerana telah dikurniakan limpah rezeki dan tambahan kenalan dari seluruh negara termasuk antarabangsa seperti Arab Saudi, Brunei, Singapura, Thailand dan Bangladesh yang telah mengenal dan mengetahui tentang kehebatan produk-produk keluaran Bumidotcom, kami telah dengan sukacitanya menganjurkan Program Amal Generasi Berinspirasi yang julung kalinya dianjurkan oleh Ahli Kumpulan Dunia Herbs secara bersepadu.


Anjuran program ini tidak lain dari ingin berkongsi ilmu tentang dunia dan akhirat dan beramal. Semoga kita semua beroleh pahala dari pemberian dan penerimaan.


Program Generasi Berinspirasi ini telah memperuntukkan sebanyak 100 guni beras untuk diagihkan sebagai salah satu program HIBAH pertama kami.


Tarikh dan waktu program tersebut adalah seperti dibawah:


Minggu Pertama
Tajuk :  Permata Yang Hilang (Satu Nilai Hati) Siri 1
Tarikh : 4 Ogos 2011 @ 4 Ramadhan 1432
Jam : 7.00 petang - 10.00 malam (termasuk Solat Terawih)




Minggu Kedua
Tajuk :  Permata Yang Hilang (Satu Nilai Hati) Siri 2
Tarikh : 11 Ogos 2011 @ 11 Ramadhan 1432
Jam : 7.00 petang - 10.00 malam (termasuk Solat Terawih)




Minggu Ketiga
Tajuk :  Permata Yang Hilang (Satu Nilai Hati) Siri 3
Tarikh : 18 Ogos 2011 @ 18 Ramadhan 1432
Jam : 7.00 petang - 10.00 malam (termasuk Solat Terawih)




Minggu Keempat
Tajuk :  Permata Yang Hilang (Satu Nilai Hati) Siri 4
Tarikh : 25 Ogos 2011 @ 25 Ramadhan 1432
Jam : 7.00 petang - 10.00 malam (termasuk Solat Terawih)


Antara aktiviti yang bakal menemui anda pada program ini adalah:


1. Berbuka Puasa Berjemaah
2. Solat Berjemaah
    (Maghrib, Isyak & Terawih)
3. Bacaan Yassin
4. Tahlil
5. Sessi Ceramah Motivasi


Semoga program ini akan mendapat keberkatan Ramadhan dan akan dikongsikan kegembiraannya bersama-sama.


Amin....